HM Digital


Kuala Lumpur: Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta.

Beliau berkata, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 5:12 PM