HM Digital


Kuala Lumpur: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada dewasa di samping meneruskan vaksinasi remaja.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos penggalak bersamaan 140 peratus penduduk yang cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun ke atas.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 4:43 PM