ZURAIDA ketika sidang akhbar selepas meninjau industri koko Johor di PTP Iskandar Puteri, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
ZURAIDA ketika sidang akhbar selepas meninjau industri koko Johor di PTP Iskandar Puteri, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
Omar Ahmad.


Iskandar Puteri : Kebenaran rentas negeri bukan tiket untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berikutan pergolakan politik di negeri terbabit.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, segala keputusan untuk mengadakan PRN, adalah bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, keputusan itu dijangka diperoleh minggu hadapan.

"Mengenai situasi PRN Melaka, kita tunggu keputusan, kita sudah membentangkan kepada Agong dan biar baginda membuat keputusan sama ada hendak dilaksanakan PRN atau tidak.

"Kabinet akan angkat keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Rentas negeri kalau baru mula pun ia bukan satu keputusan untuk buat PRN, kita serah kepada Agong untuk pertimbangkan fakta yang ada, dan baik untuk negara," katanya pada sidang media semasa lawatan kerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, hari ini.

Zuraida berkata, keputusan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Umno sekiranya PRN Melaka diadakan tertakluk kepada kepimpinan parti.

"Itu saya serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 5:17 PM