DATUK Seri Azalina Othman Said. FOTO Arkib NSTP
DATUK Seri Azalina Othman Said. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan dirinya meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selaras dengan pelantikan Perdana Menteri baharu dan permintaan rakyat untuk memastikan kerjasama pelbagai pihak.

Azalina berkata, keputusan mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang mendapatkan lebih banyak ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional dan kolaborasi mengenai dasar dan pentadbiran.

Menurutnya, beliau akan menyokong sebarang pembaharuan kerajaan dan pembangkang dalam usaha mencari penyelesaian yang bijak secara kolektif.

"Saya juga berbesar hati dan menganggap ia adalah suatu penghormatan yang besar untuk diberi peluang berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 13 bulan yang lalu," katanya dalam kenyataan di Facebooknya, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 12:30 AM