Foto hiasan
Foto hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Anak sulung bekas Mufti Perak Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar meninggal dunia pada awal pagi hari ini akibat Covid-19.

Ia disahkan adik bongsu Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi, 44, ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Wafi berkata, Allahyarham A Abdul Hakim meninggal dunia pada 3.30 pagi.

Menurutnya, jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Allahyarham Harussani dikebumikan iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, di sini.

"Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun," katanya.

Pada 30 Mei lalu, Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana Covid-19 yang ketika itu turut menjangkiti isteri Allahyarham, Puan Seri Ainon Abdul Ghani.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 11:02 AM