Mohammad Asyraf Khalib

PETALING JAYA: Bermula Ogos, TV9 mengumumkan saluran berita rasminya iaitu Berita TV9 akan mula bersiaran pada jam 7 malam setiap hari. 

Selaras pengumuman itu, Berita TV9 diyakini menjadi saluran berita waktu perdana paling awal bersiaran di negara ini. 

Menerusi kenyataannya, TV9 komited menjanjikan kandungan berita lebih eksklusif dan relevan dengan garapan berita lebih dekat dengan rakyat Malaysia. 

Image

Berita TV9 menampilkan barisan penyampai berita berkaliber seperti Intan Syazwina, Ahmad Barr Zainal Abidin, Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz, Nur Affiza Azmi, Zaira Sri Zakaria, Saifulizam dan Shamellya Norazizi.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama mengikuti perkembangan berita terkini dari dalam dan luar negara seawal jam 7 malam di Berita TV9.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti Berita TV9 di Facebook dan Twitter

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 2:12 PM