ZARADAH. FOTO Ihsan PDRM
ZARADAH. FOTO Ihsan PDRM
Roselan Ab Malek

Lipis: Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dilaporkan hilang `misteri' di kawasan rumahnya berhampiran Kampung Tanjung Jati di sini, sejak Isnin lalu.

Kehilangan mangsa, Zaradah Othman disedari anaknya, Aniza Husin apabila mendapati ibu hilang dan gagal dikesan di sekitar kawasan kediaman.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, anak mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 8.49 pagi semalam berhubung kehilangan ibunya itu.

Katanya, operasi mencari mangsa dimulakan jam 5.30 petang semalam dengan bantuan penduduk kampung sebelum operasi dihentikan sementara jam 7.30 petang.

OPERASI mencari dengan bantuan anjing pengesan sedang mencari Zaradah didapati hilang di kawasan rumah di Kampung Tanjung Jati. FOTO Ihsan PDRM
OPERASI mencari dengan bantuan anjing pengesan sedang mencari Zaradah didapati hilang di kawasan rumah di Kampung Tanjung Jati. FOTO Ihsan PDRM

"Operasi disambung semula pagi tadi membabitkan 17 anggota polis, anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain dibantu Unit Anjing pengesan (K9) polis.

"Mangsa kali terakhir dilihat jirannya berada di kawasan rumah didiami pada jam 10 pagi Isnin lalu.

"Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, penglihatan kabur serta tidak gagah untuk berjalan dan memerlukan bantuan untuk bergerak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 5:24 PM