SUSPEK dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Aizuddin Saad
SUSPEK dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Aizuddin Saad
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Petaling Jaya: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap lelaki bagi membantu siasatan kes provokasi polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

"Polis memohon reman daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini," katanya, hari ini.

Terdahulu, suspek dengan tangan bergari dibawa bersama tahanan lain di kompleks Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah reman.

Terdahulu, suspek dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di stesen minyak di Sri Damansara

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu menyebabkan suspek membuat provokasi kepada pegawai polis bertugas.

Video secara langsung itu tular di Facebook (FB) mempertikaikan tindakan polis terhadapnya dan ditahan di apartment di Bandar Sri Damansara, 10 malam tadi.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 1:03 PM