ABD Khalid. FOTO Arkib NSTP
ABD Khalid. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Subang Jaya: Polis sudah mengenal pasti lelaki yang bertindak melanggar kereta peronda polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek dipercayai warga tempatan.

"Polis turut menemui kenderaan yang dinaiki suspek di susur Jalan NPE Sunway menghala Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu kira-kira jam 8 malam.

"Setakat ini tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan usaha mengesan suspek masih dijalankan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sabtu lalu, seorang lelaki bertindak melanggar MPV berkenaan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di jalan terbabit pada jam 7.25 pagi.

Dalam kejadian itu, anggota unit cawangan MPV terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Suspek kemudian bertindak melanggar kenderaan dinaiki polis sebelum melarikan diri.

Berita berkaitan

Lelaki rempuh kereta polis diburu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 3:28 PM