GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Melvin Joni


Padawan: Sepuluh lelaki, masing-masing dikompaun RM1,500, kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari jadi saudara mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mereka didapati melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Skim Penempatan Baru Stapok, 6.30 petang.

Beliau berkata, ia ketika serbuan dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersama-sama pasukan daripada Balai Polis Kota Sentosa.

"Semasa serbuan didapati 10 lelaki berkumpul dan duduk di bawah tempat letak kereta sambil menikmati jamuan tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

"Pemilik rumah mengaku tujuan mereka berkumpul untuk meraikan sambutan hari jadi yang diadakan untuk saudaranya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aidil berkata, kesemua mereka dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 9:43 AM