Dewan Kelab Kilat TNB di Pangsapuri TNB di Kapar satu daripada PPV bagi memudahkan penduduk sekitar mendapat suntikan vaksin Covid-19. FOTO ihsan TNB
Dewan Kelab Kilat TNB di Pangsapuri TNB di Kapar satu daripada PPV bagi memudahkan penduduk sekitar mendapat suntikan vaksin Covid-19. FOTO ihsan TNB
Dewan Kelab Kilat Pangsapuri TNB di Kapar dijadikan PPV di Klang. FOTO ihsan TNB
Dewan Kelab Kilat Pangsapuri TNB di Kapar dijadikan PPV di Klang. FOTO ihsan TNB
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Dua premis Tenaga Nasional Berhad (TNB) digunakan sebagai fasiliti membendung pandemik Covid-19 selaras dengan usaha menyokong Pelan Pemulihan Negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, 31 Mac lalu, Dewan Kelab Kilat TNB di Pangsapuri TNB di Kapar, Klang menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang memudahkan penduduk sekitar mendapat suntikan vaksin mereka.

Menurutnya, 1,016 bilik di Kolej Kediaman Bestari di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Bandar Muadzam Shah, Pahang dijadikan Pusat Kuarantin Covid-19 sejak 15 April lalu.

"Penggunaan Dewan Kelab Kilat TNB dapat membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan kemampuan menampung 600 penerima vaksin sehari.

"Walaupun jumlah ini tidak besar, ianya adalah komitmen dan sokongan TNB terhadap usaha negara meningkatkan kadar vaksinasi rakyat di negara ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, dua premis ini membolehkan TNB semakin dekat dengan komuniti sekitar kerana fasiliti berkenaan bukan sahaja dapat dimanfaatkan warga kerja TNB dan penuntut Uniten malah rakyat terutamanya untuk menyokong keseluruhan program vaksinasi negara.

Katanya,TNB juga menawarkan premis lain sebagai PPV selaras dengan inisiatif berterusan TNB untuk mengurangkan kadar penularan virus.

"TNB sentiasa mencari peluang untuk bersama dalam usaha negara membasmi pandemik Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 3:31 PM