KAKITANGAN Cuckoo bersama penapis air yang ditaja di PPV.
KAKITANGAN Cuckoo bersama penapis air yang ditaja di PPV.

CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo International) menawarkan khidmatnya kepada negara dengan penajaan penapis air dan penapis udara di 24 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara sejak permulaan program vaksinasi negara.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon berkata, pihaknya percaya usaha vaksinasi negara antara pendekatan kritikal dan penting bagi membantu Malaysia menangani krisis wabak yang berlanjutan dan seterusnya menempatkan negara ke landasan masa depan lebih sihat dan bahagia.

"Bagi menyokong usaha vaksinasi negara, kami amat gembira menawarkan khidmat dengan melengkapi pusat pemberian vaksin dengan penapis air dan penapis udara Cuckoo.

"Ini selaras usaha kami untuk #samasama berjuang bersama warga Malaysia, terutama dalam masa amat mencabar ini.

"Kami harap dapat #samasama menuju ke masa depan lebih sihat dan bahagia bersama warga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pelbagai jenis pusat pemberian vaksin termasuk PPV komuniti dan PPV mega di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) dan inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) ditaja antaranya PPV Stadium Bukit Jalil, Arena Axiata, SPICE Arena, Austin International Convention Centre (AICC) dan Stadium Sultan Abdul Halim.

Penapis air Cuckoo yang ditaja bukan sahaja membekalkan air bersih beralkali ringan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di PPV, malah ia juga ditawarkan kepada penerima vaksin.

Manakala Penapis Udara Cuckoo yang ditempatkan di PPV membekalkan udara lebih selamat, bersih dan segar di dewan tertutup.

"Kami sudah dan terus menyokong usaha kerajaan memerangi wabak ini.

"Ia selaras dengan usaha dan misi kami bagi membentuk dan membantu lebih ramai warga Malaysia memiliki kediaman lebih selamat, sihat dan bahagia," katanya.

Cuckoo International antara syarikat yang giat menyokong usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 sejak penularannya pada 2020.

Sehingga kini, hampir RM1 juta disumbangkan termasuk tajaan penapis air dan penapis udara di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 dan PPV serta RM100,000 disumbang kepada MY Starfish Foundation (dikenali sebagai Khind Starfish Foundation sebelum ini) untuk pembelian bekalan rawatan Covid-19 di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 7:20 AM