Penggunaan JIKSOO Ria boleh memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjadikan minuman air bersih sebagai satu amalan. -  FOTO SK magic.
Penggunaan JIKSOO Ria boleh memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjadikan minuman air bersih sebagai satu amalan. - FOTO SK magic.
Nur Amirah Abd Rani

BERSEMPENA Aidilfitri tahun ini, SK magic, jenama kelengkapan rumah terkemuka di Korea Selatan melancarkan JIKSOO Ria iaitu penulen air tanpa tangki terbaharu pada harga mampu milik.

Ditawarkan pada harga mampu milik, Pengarah Urusan SK magic Malaysia Kim Kyung Won, berkata, SK magic berpegang teguh kepada komitmen mereka mendorong rakyat Malaysia ke arah gaya hidup sihat. 

Katanya, rakyat Malaysia perlu mengambil berat mengenai air minuman diminum dan berhenti minum sumber air biasa yang menggunakan penulen bertangki kerana ia adalah kolam pembiakan bakteria dan alga.

Sumber air bertakung akan menyebabkan air minuman tidak bersih dan segar dalam masa sama sumber air daripada bahan tercemar boleh mengancam kesihatan manusia. 

Sistem penulen air tanpa tangki berteknologi canggih

Image

JIKSOO Ria didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menyalurkan sumber air yang bersih melalui tapisan dari virus, bakteria, mikro plastik dan logam berat yang mengelak dari segala bentuk pencemaran. 

Namun, pada masa yang sama dapat mengekalkan mineral yang penting untuk keperluan tubuh badan.

Penggunaan JIKSOO Ria boleh memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih sebagai satu amalan. 

Selain itu, penulen air ini turut dilengkapi sistem pemanasan dan penyejukan segera pada tiga tetapan suhu iaitu suhu sejuk, persekitaran serta panas. 

Image

Penulen air ini selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak selain rekaan butang sentuh mesra pengguna ia turut dilengkapi panel paparan yang mudah digunakan. 

JIKSOO Ria memiliki reka bentuk anggun serta minimalis, di mana ia bukan sahaja sesuai dengan ruang rumah bandar yang sempit tetapi juga boleh dijadikan sebahagian daripada hiasan di dalam rumah. 

Sistem jimat tenaga 

Penulen air tanpa tangki teknologi JIKSOO daripada SK magic turut menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah iaitu hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari, bersamaan dengan 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik.

Image

Mulai 1 Mei 2021, penulen air JIKSOO Ria dijual pada harga RM3,800 dan  boleh didapatkan dengan harga pengenalan hanya RM75 sebulan. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang SK magic atau layari JIKSOO Ria untuk keterangan lanjut mengenai penulen air tanpa tangki. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 3:00 PM