Nurshafika binti Suhaimi

Meskipun perayaan Tahun Baru Cina bakal disambut dalam norma baharu, ia bukanlah penghalang kepada masyarakat Tionghua untuk meraikannya bersama yang tersayang.

Pelbagai persiapan pastinya rancak dilakukan bagi meraikan tahun harimau bersama keluarga, rakan taulan dan sanak saudara ketika negara menuju fasa pemulihan COVID-19.

Malah, kaum ibu pasti tidak melepaskan peluang menghiasi kediaman masing-masing dengan elemen Feng Shui bagi menyemarakkan lagi hari istimewa ini. 

Feng shui yang bermaksud feng sebagai 'angin' dan shui adalah 'air' pada dasarnya merupakan kepercayaan masyarakat Cina yang mempercayai tenaga sekeliling mempengaruhi kesan ruangan kediaman. 

Justeru itu, penting untuk memiliki udara bersih dan segar, penulen udara (Feng) dan penulen air (Shui) dalam menyingkirkan tenaga negatif, seterusnya menjadikan kediaman anda selamat bagi meraikan perayan Tahun Baru Cina bersama orang tersayang.

Minuman terjamin bersih dengan JIKSOO Hyper Rose Gold 

ImageDalam keriangan menyambut Tahun Baru Cina, mulakan hari istimewa anda dengan mengekalkan hidrasi menerusi sentuhan magis penulen air, JIKSOO Hyper Rose Gold dari SK magic.

Didatangkan dalam reka bentuk minimalis serta warna rona emas mawar yang menakjubkan, penulen air futuristik hebat ini bukan sahaja menyerikan hiasan rumah anda tetapi menyediakan air paling bersih melalui teknologi tanpa tangki yang inovatif.

Dengan teknologi termaju ini, penghantaran air dijamin bersih dan selamat melalui paip keluli tahan karat 304 serta menyalurkan sumber air panas lebih selamat berbanding tangki plastik.

Selain itu, ciri tanpa tangki membolehkan air mengalir terus dari sumber air untuk kegunaan pengguna dan tidak memerlukan isipadu air tambahan untuk disimpan di dalam tangki air.

Untuk keselamatan kanak-kanak, penulen air ini turut menyediakan Butang Mesra Kanak-kanak yang mana apabila diaktifkan, produk hanya mengeluarkan air ambien dan sejuk sahaja.

Bukan itu sahaja, antara ciri hebat inovasi futuristik dimiliki penulen air JIKSOO Hyper Rose Gold adalah ianya mempunyai ciri tap air boleh laras mengikut ketinggian cawan atau gelas, sekali gus mengelakkan percikan terutamanya membabitkan air panas.

Manakala, untuk menapis mikroplastik, bakteria dan bahan berbahaya lain yang terdapat dalam air, penulen air ini mempunyai sistem penapisan nanoteknologi yang mampu menyingkirkan pelbagai bahan pencemar bersaiz sekecil 0.001 nanometer.

Udara segar dan bersih dengan All Clean Virus Fit

ImageWALAUPUN negara sedang menuju ke fasa pemulihan, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap berjaga-jaga berikutan jumlah kes dan angka kematian akibat COVID-19 yang masih tinggi.

Bagi memastikan orang tersayang meraikan hari perayaan dengan selamat, SK magic memiliki penyelesaian udara paling pintar bagi memastikan udara yang dihirup di rumah adalah bersih.

Penulen udara All Clean Virus Fit berfungsi membersihkan udara dan mampu menapis 99.99 peratus habuk ultra halus, gas berbahaya, kulat, bakteria, bulu binatang peliharaan serta lebih terutamanya virus jahat dan sebagainya dengan kawasan liputan menyeluruh 360 darjah.

Dengan inovasi dan teknologi canggih, All Clean Virus Fit mempunyai fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti mampu menghasilkan oksigen aktif bagi menyingkirkan bakteria atau virus yang tertinggal secara serta merta.

Bukan itu sahaja, penggunaan penulen udara di rumah juga dapat membantu pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan untuk bernafas dengan lebih baik.

Ini sekali gus dapat menjamin kesejahteraan keluarga ketika menyambut perayaan Hari Tahun Cina tidak lama lagi. 

ImageMeraikan saat gembira sempena Tahun Baru Cina, SK magic menawarkan kombo dengan harga menarik iaitu RM188 untuk teknologi penulen air tanpa tangki dan penulen udara bebas virus, pastinya memberikan anda Feng (angin) dan Shui (air) yang terbaik.

Dengan kedua-dua produk dari SK magic ini, kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih khususnya ketika meraikan detik-detik  kegembiraan ketika Tahun Baru Cina kali ini pasti lebih bermakna. 

Dapatkan kedua-dua produk penulen air JIKSOO Hyper Rose Gold dan penulen udara All Clean Virus Fit dengan perkhidmatan pemasangan percuma serta percuma lima tahun servis dan waranti.

Untuk maklumat lanjut, layari skmagic.com.my/promotions/cny-promotion-feng-shui-combo/ atau ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Youtube SK Magic.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:57 AM