ANTARA yang ditahan dalam serbuan. FOTO Ihsan Polis
ANTARA yang ditahan dalam serbuan. FOTO Ihsan Polis
Omar Ahmad


Johor Bahru: Gara-gara mahu berkumpul konon untuk meraikan Aidilfitri bersama, 30 individu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandaraya ini, pada 12.15 tengah malam semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 29 tahun itu dipercayai menyewa apartmen secara berasingan iaitu dua di Apartmen Jalan Tanjung Puteri dan satu Apartmen Persiaran Jaya Putra, Taman Jaya Putra, di sini.

Katanya mereka juga dipercayai menyewa apartmen tersebut beberapa hari untuk berkumpul sempena Aidilfitri.

"Hasil serbuan polis berjaya menahan seramai 30 individu iaitu 19 lelaki dan 11 wanita.

"Ketika ditahan, kesemua yang diperiksa berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

"Semua yang ditahan dikenakan kompaun dibawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 9:41 PM