KHAIRY (kiri) ketika meninjau persediaan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Rembau, hari ini. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
KHAIRY (kiri) ketika meninjau persediaan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Rembau, hari ini. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Mohd Amin Jalil


Rembau: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan atlet, ahli sukan atau pemain bola sepak di negara ini akan dipertimbangkan jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jawatankuasa terbabit ditugaskan menilai rayuan daripada sektor tertentu dan pertimbangan itu akan dibuat atas penilaian risiko serta pembukaan daripada segi ekonomi negara.

"Perkara itu (suntikan vaksin dalam kalangan atlet, pemain bola sepak) akan dipertimbangkan jawatankuasa kecil yang ditugaskan untuk menilai daripada sektor tertentu.

"Pertimbangan ini mesti dibuat atas penilaian risiko, namun buat masa ini, belum lagi (kelulusan)," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Rembau, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, golongan gelandangan turut dimasukkan dalam kumpulan 80 peratus penerima fasa pertama vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kenal pasti kaedah terbaik untuk suntikan itu dapat dibuat terhadap gelandangan.

"Namun apa yang kita khuatir ialah bagi suntikan dos kedua dan untuk itu mungkin kita akan tunggu sehingga kita dapat vaksin berikutnya iaitu vaksin saigo satu dos sahaja.

"Setakat hari ini, lima juta individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera.

"Saya berharap bilangan itu akan terus meningkat selepas ini," katanya yang mengumumkan empat PPV di Rembau iaitu Klinik Kesihatan (KK) Rembau, KK Pedas, KK Astana Raja dan Hospital Rembau.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 8:37 PM