GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 naik empat sen kepada RM2 seliter berbanding RM1.96 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 26 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 turut naik empat sen daripada RM2.26 kepada RM2.30 seliter.

Menurutnya, harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dilaporkan berkata, had harga siling produk petrol RON95 dan diesel masing-masing ditetapkan pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2021 @ 10:16 PM