GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak satu sen iaitu daripada RM2.99 seliter kepada RM3 seliter.

Petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk petroleum terbabit adalah bagi tempoh 30 Disember 2021 sehingga 5 Januari 2022.

Kementerian berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel, RM2.15 seliter.

Ia meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk sudah meningkat melebihi paras harga siling yang sudah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 5:02 PM