ANGGOTA bomba dan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot berhampiran Sungai Udang, Nibong Tebal. FOTO ihsan JBPM
ANGGOTA bomba dan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot berhampiran Sungai Udang, Nibong Tebal. FOTO ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya ketika berada berdekatan Sungai Udang di sini, pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 12.05 tengah hari berhubung insiden berkenaan.

"Kita menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki terjatuh ke laut pada 8.40 pagi tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda serta Nibong Tebal dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kawasan mangsa dikhuatiri terjatuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 3:36 PM