KEADAAN banjir di Kampung Bukit Mentok, Chukai. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
KEADAAN banjir di Kampung Bukit Mentok, Chukai. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


Chukai: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 411 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga jam 12 tengah hari, semua mangsa daripada 116 keluarga berada di tujuh PPS di daerah Kemaman dan Dungun.

Pagi tadi, seramai 267 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di lima PPS di daerah sama.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa banjir di Dungun kekal seramai 156 orang daripada 49 keluarga.

Katanya, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

"Di Kemaman, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 255 mangsa daripada 116 keluarga di lima PPS.

"Pagi tadi, jumlah mangsa banjir hanya seramai 111 mangsa ditempatkan di tiga PPS.

"Keadaan cuaca ketika ini renyai namun ada kalanya lebat sekali gus menjadi punca pertambahan jumlah mangsa di daerah ini," katanya.

Sementara itu, lapan sungai di Terengganu kini direkodkan melepasi paras bahaya iaitu tiga di Kemaman, dua di Dungun dan Besut (dua) serta satu di Hulu Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 1:14 PM