KEADAAN banjir di Bukit Mentok, Chukai. FOTO Ihsan Penduduk.
KEADAAN banjir di Bukit Mentok, Chukai. FOTO Ihsan Penduduk.
Zatul Iffah Zolkiply


Chukai: Sebanyak 50 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di seluruh Terengganu bagi menempatkan seramai 12,899 mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 3,234 keluarga dari Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu, dengan jumlah meningkat berbanding 12,559 mangsa (3,153 keluarga) pada tengah malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa banjir Kemaman terus bertambah kepada 11,065 mangsa daripada 2,719 keluarga, berbanding 10,734 mangsa daripada 2,640 keluarga sebelum ini yang ditempatkan di 28 PPS.

"Jumlah mangsa banjir di Dungun juga bertambah kepada 1,574 orang daripada 452 keluarga di 17 PPS, berbanding 1,565 orang daripada 450 keluarga di 16 PPS.

"Bagaimanapun, jumlah mangsa di Hulu Terengganu dan Besut tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Hulu Terengganu, empat PPS dibuka bagi menempatkan 51 keluarga membabitkan 207 mangsa sementara di Besut, 53 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu PPS," katanya.

Menurutnya, paras air sungai menunjukkan trend menurun di kawasan hulu walaupun cuaca mendung mendung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 8:40 AM