Mohd Roji Kawi

Betong: Seorang lagi dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di sini, hari ini.

Difahamkan, kesemua mangsa berkenaan terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan.

Kejadian itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa terbabit belum diperolehi.

TRAGEDI pikap terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di Betong yang mengorbankan sembilan mangsa. FOTO Ihsan pembaca
TRAGEDI pikap terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di Betong yang mengorbankan sembilan mangsa. FOTO Ihsan pembaca

Terdahulu, dilaporkan lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit meninggal dunia.

Mereka dikatakan dikeluarkan oleh orang awam sejurus kejadian itu, namun semuanya didapati sudah tidak sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Berita berkaitan

8 sekeluarga lemas, kenderaan jatuh sungai [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 6:19 PM