JENAZAH tiga beradik tiba di kediaman datuknya di Taman Seri Jati, Batu Berendam, Melaka. FOTO Amir Mamat
JENAZAH tiga beradik tiba di kediaman datuknya di Taman Seri Jati, Batu Berendam, Melaka. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


Melaka: Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekrasi Gunung Lang, dekat Ipoh, Perak, semalam, selamat dikebumikan malam ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3 dan Muhammad Affan Hafiy, 1, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, di sini.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah 'anak syurga' terbabit tiba di rumah datuknya di Taman Seri Jati, Batu Berendam jam 10 malam untuk disembahyangkan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil, Adly Zahari serta ahli keluarga, jiran serta saudara terdekat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang semalam, Perodua Axia dipandu ibu tiga beradik itu, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, selepas terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.

Kemalangan tragis itu mengakibatkan Muhammad Adam Hakimi, Muhammad Lutfi Hakim dan Muhammad Affan Hafiy maut di tempat kejadian.

Berita berkaitan

3 kanak-kanak maut, kereta langgar lori

Hilang tiga anak serentak

Panggilan duka kehilangan tiga cucu

Nur Aimi Nadiah stabil [METROTV]

'Saya belum beritahu isteri pemergian tiga anak' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 11:03 PM