GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Seorang lelaki warga asing ditemui mati dalam sebuah bilik di Taman Ampang Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.25 pagi.

"Mayat warga asing yang juga lelaki ditemui dalam keadaan terlentang.

"Mangsa yang berusia 45 tahun dipercayai sesak nafas sebelum ditemui mati oleh rakan serumahnya," katanya dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

"Mangsa pernah mendapat rawatan di sebuah klinik swasta dan mempunyai sejarah masalah kesihatan.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 1:43 PM