atalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Kajang dan Cheras,semalam.
atalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Kajang dan Cheras,semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Kajang dan Cheras, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Superintendan Rizal Mohamed berkata, serbuan pertama berjaya menahan dua lelaki yang menjual rokok seludup di gerai pada 4.30 petang.

"Susulan tangkapan suspek membawa kepada serbuan seterusnya iaitu dua rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup.

"Polis berjaya menahan tiga lagi lelaki yang di dua rumah berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti penjualan dan pengedaran rokok seludup," katanya.

Rizal berkata, hasil pemeriksaan polis menemui 445,040 batang rokok bernilai RM194,671 dipercayai untuk tujuan jualan.

"Polis turut merampas enam telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM7,997 serta tiga kenderaan pelbagai jenis.

"Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 1:25 PM