DATUK Hasbullah Osman. FOTO arkib NSTP
DATUK Hasbullah Osman. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari dan Mohd Rashidi Yusuf


Gerik: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63 meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.

Hasbullah yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meninggal dunia di Hospital Raub, Pahang pada 7 malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan hulu, Datuk Aznel Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan beliau mendapat maklumat mengenai pemergian Allahyarham daripada isteri Hasbullah.

"Allahyarham mengalami serangan jantung pada 6.30 petang dan dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, isterinya menghubungi saya kira-kira 7 malam memaklumkan Allahyarham sudah meninggal dunia," katanya.

Untuk rekod, Hasbullah memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi, mengalahkan calon Pas, Mohd Dahalan Ismail dan Ibrahim Mohd Hanafiah (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 7:32 PM