MOHD Zin Erjam (Dua dari kanan) bersama ahli jawatankuasa KRT BBIM menunjukkan buku yang dihasilkan oleh mereka. FOTO ADNAN IBRAHIM
MOHD Zin Erjam (Dua dari kanan) bersama ahli jawatankuasa KRT BBIM menunjukkan buku yang dihasilkan oleh mereka. FOTO ADNAN IBRAHIM
Adnan Ibrahim

Simpang Renggam: Sejarah hitam penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) yang pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selepas kira-kira 20 penduduk disahkan positif Covid-19 26 Mac lalu diabadikan dalam buku.

Buku bertajuk Covid-19 BBIM "Lockdown' itu dihasilkan bertujuan dijadikan lipatan sejarah yang perlu diketahui generasi seterusnya di BBIM.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) BBIM, Mohd Zin Erjam berkata, peristiwa itu memberikan pengalaman yang berbeza kepada kira-kira 1,400 penduduknya.

Katanya, pihaknya mengambil inisiatif mengumpul semua bahan berkaitan seperti nukilan rasa penduduk yang dijangkiti wabak, barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh PKPD termasuk beberapa keratan akhbar serta daripada pendapat pelbagai pihak yang berkaitan.

"Sebagai penulis, saya turut merangkumkan semua kejadian yang berlaku sepanjang tempoh PKPD itu untuk dijadikan sebagai buku peringatan kepada penduduk di sini termasuk kisah empat penduduk yang meninggal dunia akibat wabak maut itu," katanya.

Mohd Zin yang juga seorang pesara guru berkata, antara yang menarik di dalam buku itu ialah cerita sebahagian daripada 181 orang penduduk yang positif wabak Covid-19 sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

"Turut diabadikan dalam buku itu adalah kegigihan penduduk kampung melalui detik dalam kehidupan seharian sepanjang PKPD dilaksanakan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 3:43 PM