Foto hiasan
Foto hiasan
Mohd Amin Jalil

Rembau: Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau ditutup sembilan hari bermula hari ini susulan seorang pelanggan yang berurusan di premis berkenaan didapati positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Mohd Zaidi Ramli, yang mengesahkan perkara itu berkata, pelanggan berkenaan dikesan berurusan di premis berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Menurutnya, PAID Rembau diarah tutup serta-merta selepas mendapat arahan daripada Pegawai Daerah Rembau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah pagi hari ini.

"Setakat ini, hanya seorang kakitangan diarahkan untuk melakukan ujian saringan, manakala 26 lagi kakitangan diarah untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah," katanya.

Beliau berkata, proses disinfeksi sudah dijalankan di kawasan premis berkenaan.

Menurutnya, bagi sebarang urusan dengan pejabat berkenaan pelanggan boleh menghubungi talian 013-3500712 (Unit Dakwah), 017-6559798 (Unit Masjid dan Surau), 012-6213234 (Unit NCR), 017-2046018 (Unit URC), 013-2775232 (Unit Penguat Kuasa) dan 017-2773453 (Pentadbiran).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 10:46 PM