PAPAN tanda amaran yang diletak MPK. FOTO Bernama
PAPAN tanda amaran yang diletak MPK. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuantan: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terpaksa meletakkan papan tanda amaran bagi memastikan tiada lagi berlaku kejadian mencuri pokok hiasan yang ditanam di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Gudang Rasau, hari ini.

Pokok hiasan ini ditanam bagi menghiasi taman-taman dan projek reka bentuk landskap di sekitar bandar Kuantan.

Namun kejadian mencuri yang kerap berlaku terutama di Jalan Kuantan-Pintasan dan Jalan Gambang menyebabkan pihak MPK menanggung kerugian yang dianggarkan mencecah RM50,000.

Pokok jenis bougainvillea atau bunga kertas seringkali menjadi sasaran pencuri kerana harganya tinggi iaitu antara RM20 dan RM30 sepokok.

PAPAN tanda amaran yang diletak MPK. FOTO Bernama
PAPAN tanda amaran yang diletak MPK. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 8:25 PM