PETUGAS SPR melakukan pemeriksaan suhu badan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac. FOTO Aswadi Alias.
PETUGAS SPR melakukan pemeriksaan suhu badan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac. FOTO Aswadi Alias.
BERNAMA

Kota Kinabalu: Sejak pusat pengundian dibuka enam jam lalu, sebanyak 48 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 41 peratus pada 12 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang membabitkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 2:38 PM