MOHD Shafie. FOTO arkib NSTP
MOHD Shafie. FOTO arkib NSTP
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menetapkan tarikh 26 September sebagai Hari Kelepasan Am Khas di Sabah yang berkuat kuasa esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memudahkan rakyat Sabah mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

"Rakyat Sabah diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak berkuasa berwajib.

"Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian," katanya.

Dalam kenyataan media terbabit, Mohd Shafie turut mengingatkan rakyat Sabah agar terus mengamalkan langkah pencegahan Covid-19 seperti disarankan KKM.

PRN Sabah bakal berlangsung esok.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 2:28 PM