Musa ketika mengadakan sidang media khas di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Musa ketika mengadakan sidang media khas di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
BERNAMA

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menegaskan tiada keperluan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memandangkan pihaknya memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan Sabah.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Pagi hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

"Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah," katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada 8.25 pagi.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 3:28 PM