GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Shamran Sarahan dan Raja Noraina Raja Rahim dan Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Risiko jangkitan Covid-19 akan meningkat sekiranya masyarakat Sabah tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) semasa menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak termasuk petugas kesihatan di Sabah tidak terkecuali dalam mengamalkan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"KKM mengingatkan kepada mereka untuk patuh SOP sama ada petugas kesihatan atau bukan petugas kesihatan serta masyarakat.

"Kalau ada perhimpunan, tiada penjarakan fizikal, tidak memakai mask (pelitup muka) dan mencuci tangan jadi risiko jangkitan akan meningkat," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham menasihati masyarakat supaya sentiasa mengamalkan 3W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun, pakai pelitup muka serta amaran daripada KKM.

Katanya, perkara itu sering ditekankan beliau dalam sidang media untuk tidak bersalaman atau bersentuhan dan penjarakan satu meter.

"Kalau ada kes yang positif ada kemungkinan dijangkiti kalau tiada penjarakan satu meter," katanya.

Terdahulu, SPR menetapkan 26 September sebagai tarikh PRN Sabah manakala hari penamaan calon pada 12 September dan hari mengundi awal pada 22 September ini.

  • Lagi berita berkaitan PRN Sabah
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 7:14 PM