Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat dari kiri) melancarkan Aku Janji GRS antara PN, BN dan PBS pada majlis pelancaran ‘Aku Janji’ gabungan rakyat Sabah di Grand Ballroom, Magellan Sutera Harbour Golf & Country Club hari ini. FOTO ASWADI ALIAS
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat dari kiri) melancarkan Aku Janji GRS antara PN, BN dan PBS pada majlis pelancaran ‘Aku Janji’ gabungan rakyat Sabah di Grand Ballroom, Magellan Sutera Harbour Golf & Country Club hari ini. FOTO ASWADI ALIAS
GRS menetapkan 9 Aku Janji.
GRS menetapkan 9 Aku Janji.
Oleh Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menawarkan sembilan teras Aku Janji atau manifesto untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Gabungan itu yang kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggariskan Aku Janji berkaitan infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, pendidikan dan modal insan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, keselamatan, belia dan pembangunan wanita.

PEMBINAAN jambatan menghubungkan Labuan dan Menumbok di tanah besar Sabah.
PEMBINAAN jambatan menghubungkan Labuan dan Menumbok di tanah besar Sabah.

Pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah digariskan antara keutamaan Aku Janji berkaitan infrastruktur selaras komitmen untuk meningkatkan kesalinghubungan dan menjana pertumbuhan sosio ekonomi penduduk Sabah dan Labuan.

LEBUHRAYA Pan Borneo yang dalam pembinaan dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km.
LEBUHRAYA Pan Borneo yang dalam pembinaan dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km.

GRS turut memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, menaik taraf kereta api selain jaringan internet untuk kemudahan rakyat di seluruh Sabah.

PELABUHAN Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.
PELABUHAN Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

Dalam aspek ekonomi, antara lain GRS menumpukan usaha membangunkan Pelabuhan Sepanggar sebagai hab perkapalan bagi melonjakkan industri logistik Sabah selain menimbangkan usaha untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas di kawasan strategik dan menumpukan pembangunan pertanian.

Usaha menyediakan peluang pekerjaan pula tertumpu kepada kerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi berasaskan sektor utama untuk mewujudkan peluang kerja berpendapatan tinggi.

GRS turut membuat ketetapan agar projek mega dilaksanakan di Sabah hendaklah menggunakan tenaga kerja anak Sabah selain menggalakkan anak Sabah mengambil peluang bersaing dalam era digitalisasi menerusi pendedahan kursus bersasar.

EKONOMI Digital.
EKONOMI Digital.

Dalam pada itu, sektor perkhidmatan awam negeri akan terus ditransformasi ke arah perkhidmatan digital untuk memperkasakan penyampaian kepada rakyat dan menjamin kebajikan penjawat awam.

FASALITI kesihatan.
FASALITI kesihatan.

Menerusi aspek kesihatan dan kesejahteraan rakyat, GRS menggariskan komitmen untuk menambah fasiliti kesihatan baharu dan kemudahan sedia ada di seluruh negeri.

GRS turut mencadangkan pembentukan satu skim dikenali Skim Sihat Sabah untuk golongan yang memerlukan agar mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

KEMUDAHAN komputer dan meningkatkan capaian internet.
KEMUDAHAN komputer dan meningkatkan capaian internet.

Selebihnya, bidang pendidikan dan modal insan menumpukan usaha meningkatkan capaian internet berkelajuan tinggi bagi memperkasa pendidikan digital selain menambah baik kualiti prasarana sekolah, termasuk berkaitan sekolah daif.

KAWALAN keselamantan di ESSCOM.
KAWALAN keselamantan di ESSCOM.

Dalam bidang keselamatan, GRS menumpukan usaha memperkasa urus tadbir sistem keselamatan dan kerakyatan, menggiatkan usaha mengusir pendatang tanpa izin dan mengukuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

E-Sukan.
E-Sukan.

Tidak ketinggalan, belia turut diberi perhatian sewajarnya dengan tumpuan ke arah meningkatkan pembabitan dalam keusahawanan dan sukan termasuk e-sukan.

Akhir sekali, GRS turut menumpukan pembangunan wanita dengan meningkatkan pembabitan golongan itu dalam menguasai teknologi digital dan keusahawanan.

Secara keseluruhan Aku Janji GRS memberi tumpuan kepada hak Sabah, kepemimpinan yang bersih dan berintegriti, bertunjangkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan perpaduan rakyat Sabah.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 7:23 PM