ZULKIFLI pada sidang media selepas menyertai Sembang Santai Bersama Komuniti di Kampung Lubuk Setol. FOTO Hamzah Osman
ZULKIFLI pada sidang media selepas menyertai Sembang Santai Bersama Komuniti di Kampung Lubuk Setol. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


PULAU Tuba, Bukit Malut dan Taman Nilam di Langkawi masih dikategorikan zon merah iaitu berisiko tinggi dan aktif dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sebelum terdapat 10 kawasan di Langkawi berdepan masalah penagihan dan pengedaran dadah.

"Tujuh bertukar kepada zon kuning, manakala tiga masih kekal merah," katanya pada sidang media selepas menyertai Sembang Santai Bersama Komuniti di Kampung Lubuk Setol, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah, Pengarah AADK negeri, Mohd Rizal Tawil dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Lubuk Setol, Ku Harmizal Ku Sulong.

Zulkifli berkata, menerusi kolaborasi semua agensi penguat kuasa, pihaknya menyasarkan keseluruhan Langkawi mencapai status zon kuning akhir tahun ini.

"Paling penting agensi penguat kuasa perlu buang ego masing-masing dan melaksanakan operasi bersiri secara bersepadu kerana impaknya lebih tinggi.

"Selain itu, hampir setengah juta ringgit disalur kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan melakukan program pencegahan dadah di Langkawi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 11:22 AM