GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


TIADA kes baharu dilaporkan bagi kedua-dua Kluster Sivagangga dan Kurau hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga jam 11 tengah hari ini, seramai 5,645 orang telah disaring dalam Kluster PUI Sivagangga.

"Tiada kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru kes positif Covid-19 -19 kekal 45.

"Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti Kedah (4,154 disaring) dengan 31 kes dikesan positif Covid -19, 4,112 individu negatif; dan 11 individu masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, di Perlis seramai 1,223 disaring dengan 11 kes dikesan positif Covid-19, 681 individu negatif; dan 531 individu masih menunggu keputusan.

"Di Pulau Pinang pula seramai 268 disaring tiga kes dikesan positif Covid-19, 243 individu negatif; dan 22 individu masih menunggu keputusan.

"Manakala bagi Kluster Kurau pula, seramai 180 orang telah disaring dari negeri Perak dan Pulau Pinang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster ini juga tidak melaporkan kes. baharu, justeru kes positif Covid-19 kekal lima.

"Daripada jumlah selebihnya, 123 individu negatif; dan 52 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Beliau berkata, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini.

"Situasi terkini juga akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 5:29 PM