GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS mengesan seorang lelaki yang juga saksi penting dalam perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada 12, 13 dan 14 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sebelum ini, pihaknya membuat tangkapan terhadap seorang suspek di tepi jalan di hadapan bangunan tempat letak kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kajang pada 10 malam, 28 Mac 2017.

"Justeru, kami memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi penting kes berkenaan iaitu Mohd Sabri Salleh, 44, atau dia tampil sendiri ke mahkamah pada tarikh itu.

"Alamat terakhir lelaki berkenaan adalah No 36 Jalan Desa Kundang 5, Taman Desa Kundang, Rawang, Selangor.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mahalim Mokhtar di talian 013-7692600 untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, perbicaraan kes dadah itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 7:22 PM