GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang memohon kerjasama orang ramai bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam mengesan saksi untuk perbicaraan di Mahkamah Kajang bersabit kes dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, saksi awam terbabit adalah Mohammad Zahid Mohd Noh, 43.

Menurutnya, alamat terakhirnya adalah 30, Jalan Terasek 4, Bangsar Baru, 59100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Lokman Aziz ditalian 018-2996469 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

MOHAMMAD Zahid Mohd Noh, 43 dicari untuk perbicaraan di Mahkamah Kajang bersabit kes dadah. FOTO ihsan PDRM
MOHAMMAD Zahid Mohd Noh, 43 dicari untuk perbicaraan di Mahkamah Kajang bersabit kes dadah. FOTO ihsan PDRM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 2:29 PM