GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan mereka dikenali sebagai Chan Paik Kim, 56, Chan Jie Kenneth, 28, dan Jared Chan Jie Yew, 25.

"Alamat terakhir ketiga-tiga individu tersebut ialah di No. 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kesemua mereka diperlukan bagi membantu siasatan di bawah kes Akta Dadah Berbahaya 1952," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-4918404, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 6:06 PM