YONG WEI KEI
YONG WEI KEI
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Yong Wei Kei, 29, dengan alamat terakhir di Taman Lembah Maju, Ampang, diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan kes serbuan dadah pada 13 November 2018.

Menurutnya, kes perbicaraan akan bersidang pada Isnin ini di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam.

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau penama ini sendiri boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 5:58 PM