Raja Noraina Raja Rahim


KERAJAAN bersetuju untuk membenarkan pelancong kesihatan dari negara kategori hijau memasuki Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara terbabit adalah Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia, dan New Zealand.

Bagaimanapun, katanya, kebenaran itu tertakluk kepada perbincangan Kementerian Luar Negeri bersama negara yang terbabit.

"Mereka yang terbabit dibenarkan memasuki Malaysia menggunakan pesawat komersial bagi mendapatkan rawatan di negara ini," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelancong kesihatan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di lapangan terbang di negara ini.

Katanya, mereka kemudian akan diambil di pintu masuk negara dan akan terus dibawa ke hospital untuk rawatan.

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 3:16 PM