NOLEE Ashilin (tiga kanan) bersama Nurul Nuzairi (kiri)  ketika hadir lawatan kerja. FOTO Sharul Hafiz Zam
NOLEE Ashilin (tiga kanan) bersama Nurul Nuzairi (kiri) ketika hadir lawatan kerja. FOTO Sharul Hafiz Zam
Balqis Jazimah Zahari


KERAJAAN Perak akan memastikan keselamatan pengunjung yang ke negeri itu terjamin dengan memastikan operator industri pelancongan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, langkah SOP diperkemaskan dan agensi pelancongan dipantau setiap masa bagi menjamin tahap keselamatan terbaik pengunjung.

"Ada peningkatan pelancong sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Kita memikirkan industri mungkin bergerak perlahan tetapi nampak gayanya orang ramai sudah bersedia sedia untuk keluar melancong, inilah masanya industri dan pelancongan mempergiatkan lagi aktiviti dan menjamin keselamatan," katanya selepas membuat lawatan kerja pembukaan sepenuhnya taman tema Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin, Pengarah Tourism Perak Nurmalis Musa dan Pengurus Besar LWOT Nurul Nuzairi Mohd Azahari.

Nolee Ashilin berkata, langkah itu selari dengan industri pelancongan juga yang kini yang sudah bertukar 'trend' kepada industri normal baharu.

Menurutnya, tempahan hotel meningkat kepada 7,736 membabitkan 57 hotel berbanding 1,000 tempahan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 10 Jun lalu.

Mengenai lawatannya ke taman tema berkenaan, ia lebih kepada untuk melihat SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

"Setakat ini, kita melihat 'progress' cukup baik dan pengurusan LWOT melakukan yang terbaik dan mengikut garis panduan yang diberikan, malah mereka menambah baik daripada segi tatacara dan sebagainya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 4:29 PM