Muhaamad Hafis Nawawi


"JIKA kerajaan melarang orang macam saya pun tidak boleh ke shopping complex (pusat beli belah) kerana sudah warga emas," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berseloroh ketika ditanya mengenai larangan warga emas ke tempat awam.

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak pernah melarang golongan berisiko Covid-19 seperti warga emas dan kanak-kanak mengunjungi tempat awam.

Menurutnya, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak melarang warga tua dan kanak-kanak berkunjung ke tempat awam seperti kompleks beli-belah dan sebagainya.

"Kita tidak melarang mereka ke tempat awam tetapi apa yang kita katakan mereka ini berisiko tinggi.

"Jadi, kerajaan menasihatkan ibu bapa tidak membawa anak-anak, membawa ibu bapa warga emas dan datuk nenek namun undang-undang tidak ada larangan," katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka boleh pergi ke pusat beli belah, mana-mana tempat awam termasuk kenduri.

Orang ramai dilihat mengamalkan jarak sosial dan memakai pelitup muka semasa melintasi laluan pejalan kaki ketika tinjauan norma baharu warga kota di sekitar Jalan Bukit Bintang.
Orang ramai dilihat mengamalkan jarak sosial dan memakai pelitup muka semasa melintasi laluan pejalan kaki ketika tinjauan norma baharu warga kota di sekitar Jalan Bukit Bintang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 4:45 PM