DR Noor Hisham pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan punca kematian lelaki warga India di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit terbabit sebelum itu menerima rawatan di Pusat Kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang dan tidak bergejala.

"Tetapi, pesakit itu ada komobiliti tinggi iaitu kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

"Semasa dirawat di Maeps, dia dalam keadaan sihat dan tidak ada gejala serta sudah pulih (jangkitan Covid-19).

"Selepas kematiannya, kita sudah melaksanakan bedah siasat dan kita dapati ada kesan sampingan daripada jangkitan radang paru-paru. Mungkin ada sebab lain kematian sama ada jangkitan kuman dan sebagainya," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya punca kematian lelaki berusia 67 tahun di DTI Bukit Jalil.

Kes kematian ke-121 Covid-19 di Malaysia itu dilaporkan pada 14 Jun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya perlu mendapatkan laporan penuh bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sama ada disebabkan jangkitan Covid-19 atau sebaliknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2020 @ 7:00 PM