GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


KERAJAAN akan meneruskan kempen 'Buy Malaysia' untuk menggalakkan rakyat supaya menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk menggalakkan rangkaian pasar raya besar untuk membuat penandaan produk tempatan.

"Selain itu, menubuhkan saluran produk Malaysia yang berdedikasi di platform e-dagang," kata pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung dari Putrajaya, hari ini.

Katanya, bagi membantu sektor pelancongan pula, Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilah RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh Perusahan Kecil Sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan.

"Ia bagi memastikan sektor ini terus berdaya saing dalam era kebiasaan

baharu.

"Perincian dana ini akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia Julai depan," katanya.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 5:00 PM