KERJAAN bersetuju memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus kepada penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif ini bagi menggalakkan sektor automatif negara.
"Selain itu, pengecualian cukai 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport dari tempoh 15 Jun hingga 31 Disember depan," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek dari Putrajaya, hari ini.
Perutusan itu disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen serta laman sosial.
Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):