Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


SEBANYAK RM75 juta diperuntukkan kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor berkenaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, peruntukan itu dibahagikan kepada dua iaitu geran RM50 juta untuk platform ekonomi gig dan RM25 juta kepada MDEC.

"Geran dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso dan Skim i-Saraan KWSP.

"Peruntukan kepada MDEC bagi program Global Online Flow (GLOW) yang bertujuan membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

Muhyiddin turut berkata, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan kesemua inisiatif itu.

Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia dengan wakil daripada sektor swasta serta awam yang berkaitan.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 4:46 PM