Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri


INDIVIDU yang dibuang kerja atau hilang pekerjaan boleh menuntut elaun latihan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) walaupun bukan pencarum.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran mereka.

"Elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada Perkeso oleh mereka yang hilang pekerjaan walaupun bukan pencarum di bawah skim insuran pekerjaan.

"Bagi menangani isu kadar pengangguran belia dan meningkatkan kebolehpasaran graduan, kerajaan juga menyediakan insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah pada kadar RM600 sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 4:10 PM