KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabas dan melanggar tiang letrik di Kampung Pengadang Baru, hari ini. FOTO ihsan JBPM.
KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabas dan melanggar tiang letrik di Kampung Pengadang Baru, hari ini. FOTO ihsan JBPM.
Baharom Bakar


PEMANDU lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum 'melekat' pada tiang elektrik dalam kemalangan di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 39 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pengadang Baru ke Bandaraya Kuala Terengganu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Che Mohd Badrul Che Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.34 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

"Mangsa yang memandu kereta Proton Wira dikatakan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 3:11 PM