KEADAAN kereta mangsa yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di Rengit. FOTO  Ihsan Bomba
KEADAAN kereta mangsa yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di Rengit. FOTO Ihsan Bomba
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Lelaki maut manakala isterinya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik berhampiran sebuah kedai perkakasan rumah dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Mohd Nor Abd Manan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.27 pagi.

Katanya, tujuh anggota bomba, satu jentera FRT dan satu jentera Urvan daripada BBP Rengit dihantar ke tempat kejadian.

"Pemeriksaan mendapati pemandu Nuh Hatabik Selamet Ansor, 42, tidak sedarkan diri manakala isterinya Siti Nur Asikin Mohamad Hang Tuah yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera di muka.

"Pegawai kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesah pemandu sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara, pemandu yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada 11.20 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 2:08 PM